Assalamualaikum
Hati ini sudah mula penat.
Penat mengawal perasaan, penat merawat.
Aku sendiri tidak sedar sejauh ini aku mampu bertahan.
Terima kasih yang masih mendoakan.
Aku masih mencuba berdiri di antara kalian,
Aku masih mencuba tersenyum untuk kalian,
Aku masih mencuba bersama kalian,
Tapi hujungnya aku rasa terkilan.
kenapa?
Kerana perasaan aku terlalu rapuh,
kerana aku mengharapkan kesempuraan,
hanya untuk bersama kalian,
Berkali sudah aku memaafkan diri,
berkali juga aku cuba kecundangan membunuh hati,
Silapnya bukan dari luar,
Bukan juga dari dalam,
Ia datang sendiri kerna jiwa masih gelap,
kerana hati masih tidak boleh menerima,
kerana jiwa dan hati sentiasa takut dengan perkara yang masih tidak pasti.
Walau aku cuba menyingkirkannya,
Walau aku cuba berlari darinya,
Perasaan itu masih datang menemaniku siang dan malam,
saat sendirian mahupun ketika kesesakan.
Sungguh aku penat dengan perasaan itu,
Aku penat menempuh perasaan itu,
walau pada zahirnya aku masih teguh tersenyum,
Hakikatnya aku sudah tersungkur,
tenat di alam aku sendiri,
tanpa ada yang menyedari.
No comments:
Post a Comment