Hadirmu hari ini membawa seribu persoalan kepadaku.
Tak pernah lagi aku terfikir usaha yang aku harapkan kembali bersambung.
Apakah niat di sebalik kehadiranmu?
Jika engkau hanya kembali membawa segunung janji,
Jika engkau hanya kembali membawa bebanan,
Jika engkau hanya kembali membawa mimpi,
Pulanglah kepangkuan orang yang menyayangimu.
Kerana di sini tiada lagi peluang dan kasih sayang untukmu.
Maaf jika aku berkasar, tetapi hatiku sudah cukup derita menahan kesakitan.
Harapanku sudah lama hancur,
Sayangku sudah lama pergi bersama kehilanganmu.
Jangan kau mempertikai janji-janji aku dulu, jangan kau mempertikaikan kerelaan aku dulu.
Kalau bukan kerna kau yang tidak pernah usaha, tidak sedikitpun bertanya tentang perasaan aku, tidak pernah memberi peluang untuk terus mencuba.
Mungkin ketika ini kita masih punyai ikatan.
Sayang seribu kali sayang, jauh mana kau melangkah mencari aku, mencuba meracuniku dengan habuanmu,
Aku tidak lagi lemah dengan semua itu.
Kerana aku bukan yang dulu.
Monday, March 4, 2019
Semalam, hari ini dan seterusnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment