Nekad kali ini, aku mahu yang terbaik untuk diriku dan dia. Walaupun aku merasa sukar untuk membuka hati untuk yang lain, aku cuma mampu kuatkan diri dengan harapan. Masih diri yang sama, mengharap orang lain untuk memahamiku. Tetapi selagi aku mampu, aku terus belajar untuk memahami yang lain. Aku masih ragu-ragu, aku masih rasa tidak mampu untuk melangkah walaupun setapak. Aku cuma berharap, hari demi hari akan berganti dengan pantas, supaya aku tidak melakukan kesilapan. Kesilapan yang akan melukakan hati diri ini dan orang lain.
Layakkah aku untuk di cintai? Layakkah aku untuk di kasihi? Layakkah aku untuk menumpang dalam kisah hidup dia? Aku sendiri tidak yakin dengan keputusan ini. Sehingga kini aku masih sulit untuk membuat keputusan. Adakah ini yang terbaik untuk aku? Ataupun ini cuma secebis ujian yang di beri Tuhan untuk aku menguji kekuatan dan ketabahan hati ini?
Mungkinkah ketakutan aku ini hanya kerana pengalamanku kemarin?
Untukmu, aku cuba segalanya. Walaupun langkahku terasa berat, walaupun hati ini terasa lemah, walaupun fikiran ini bercelaru, aku sedia untuk menempuh segalanya, dengan izinNya. Jujur aku katakan, aku ikhlas menerimamu seadanya. Dan aku harap, kau juga merasainya.
Akan aku simpan cerita kita. Antara harapan kita tertunai ataupun berhenti di tengah jalan, jadikanlah ia sebagai kenangan terindah. Harapanku hanya satu, agar kita saling memahami untuk saling melengkapi.
Janji padaku, jangan cuma sakiti aku.
25 MAC 2020