Assalammualaikum dan salam sejahtera...
Sejak awal tahun sampailah dah bulan 10 ni, macam macam perkara jadi dan melibatkan perubahan besar kepada semua orang dalam dunia. YES! semua orang dalam dunia. Musibah yang Tuhan bagi kat setiap manusia untuk kita muhasabah diri kita yang dunia ni hanya sementara. Dunia yang tiada apa apa jaminan untuk kita tetap kat sini dan buat apa yang kita nak. Dan makin jelas duit bukan lah segala-galanya tapi apa yang lebih berharga adalah kesihatan. Kesihatan dari segi fizikal dan mental.
Walaupun kita nampak statistik pesakit COVID-19 menurun dan menaik semula sehingga sekarang tertumpu di Malaysia, tetapi masih ada lagi yang kurang menumpukan mental setiap daripada kita. Sedar ataupun tidak sedar bahawa kita mental dan emosi kita terganggu kerana perubahan besar berlaku pada kehidupan seharian kita di mana sebelum ini kita bebas keluar dan sibuk melakukan kerja harian tetapi sekarang kita di sarankan untuk duduk di rumah kerana mahu memutuskan penyebaran wabak COVID-19. Sehingga kebanyakan pekerja terpaksa bekerja daripada rumah, pelajar sekolah mahupun pelajar universiti terpaksa belajar di atas talian dan ada di antara peniaga-peniaga secara langsung terpaksa di tutup serta merta.
Ada di antara kita juga berfikir secara positif, bahawa duduk dirumah dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dan dapat melihat perkembangan anak-anak secara langsung. Selain itu, peniaga-peniaga kecil juga dapat mencuba cara yang lebih baik iaitu berniaga atas talian. Tetapi ada juga di antara kita yang menghadapi gangguan emosi dan mental terhadap perubahan ini.Personaliti, cara kehidupan dan cara pemikiran kita adalah berbeza-beza.
Tujuan saya di sini adalah untuk para pembaca bayangkan dan fikiran tentang permasalahan yang dihadapi sekarang dan masa depan oleh para pelajar khususya pelajar universiti di mana mereka terpaksa menghadari kelas atas talian (online class) yang menyukarkan mereka untuk belajar tentang bidang mereka. Sebagai contoh, bagi pelajar kulinari, pembelajaran mereka kebanyakannya di "kitchen" dan belajar secara bersemuka. Walaupun kebanyakan mereka (pelajar dan pensyarah) mengambil inisiatif dengan membuat kelas secara "online' dan setiap daripada para pelajar boleh melakukannya di dapur rumah mereka, tetapi tidak semua pelajar tidak mempunyai kelengkapan seperti "kitchen" di kampus mereka. Bagi bidang yang kebanyakannya lebih banyak mempelajari teori, sebagai contoh bidang kaunseling dan psikologi iaitu bidang saya sendiri. Walaupun kami belajar berkaitan teori dan lebih banyak bacaan tetapi kami tetap perlu 'turun padang' untuk membuat analisa, mengumpul data, berjumpa secara bersemuka dengan klien dan sebagainya. Banyak kekangan yang kami terpaksa tempuhi sepanjang "class online" berjalan. Lain cerita pula dengan masalah "wifi connection", tiada internet, dan waktu kelas sama dengan adik beradik yang lain dan dalam rumah hanya mempunyai satu laptop sahaja. Banyak perkara yang saya mahu jelaskan di sini tetapi apa yang saya mahu luahkan adalah saya sendiri tidak gemar dengan "class online" kerana masalah utama BAGI DIRI SAYA adalah 'KESELESAAN" di mana saya terlalu selesa duduk di rumah sehingga menjadi lesu dan kurang motivasi dalam diri.
Akhir kata, saya merayu pada pembaca yang rajin, comel, cantik dan kacak ini. Sebarkanlah positiviti anda dengan duduk di rumah dan bantulah kawan-kawan, saudara mara dan yang anda kenal untuk saling bagi kata kata semangat, support each other, selalu bertanya khabar atleast "Okay ke tak hari?", jadilah pendengar yang baik. Jika keluar rumah atas urusan-urusan, jangan lupa bawa sanitizer dan mask. Jaga penjaran anda.
Anda adalah 'kaunselor' diri anda dan orang lain.
Yang benar,
Cik Pina yang sedang mengumpul semangat